Perubahan Lebih Baik Bermula Dalam diri kita

85 Views
Read Time:59 Second

Hijrah membawa satu tanda yang besar kepada titik perunahan strategi Dakwah Rasulullah s.a.w apabila membawa umat Islam kepada satu level yang lebih tinggi. kehebatan yang diperagakan oleh Rasulullah dalam menentukan titik tolak aliran pemikiran utama Islam haruslah dicontohi oleh umatnya.

Hijrah menuntut dokongan perubahan strategi dan hijrah buoanlah semata-mata berpindah. Hijrah menjadi wadah utama dalam melahirkan sebuah tamadun manusia yang berpaksikan kepada ketakwaan. Oleh kerana Dakwah para nabi sebelum baginda bersifat kebangsaan, berbanding Rasulullah yang bersifat sejagat, strategi kenegaraan yang dicontohkan oleh Rasulullah menjadikan ianya sesuai untuk diasaptasi untuk sekian masa dan kumpulan.

Dalam hubungan ini, kami bangunkan iHijrah, sebuah portal pendidikan jiwa setiap orang Islam dengan fokus utama kepada pembangunan sahsiah di Malaysia. IHijrah memberi fokus kepada Islam sebagai jalan kehidupan dan memberi peluang kepada semua untuk mempraktikkan Islam dengan lebih sempurna. IHijrah akan menjadi wadah penghibung antara anda dengan usahawan Islam, tokoh-tokoh utama dan berpandukan moto kami, iaitu ilmu pengetahuan sumber kehidupan.

Justeru, marilah bersama kami untuk memastikan

agenda perubahan diri dapat dilaksanakan dengan berterusan untuk melahirkan umat Islam Malaysia yang kuat, padu dan berpengetahuan tinggi. iHijrah sebagai sebuah portal Islam akan membantu anda untuk yang terbaik.

Amir Hamzah, [email protected]

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleppy
Sleppy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

One thought on “Perubahan Lebih Baik Bermula Dalam diri kita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *